KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA,
PUTRAJAYA
Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
PSL adalah peperiksaan yang perlu diduduki oleh pegawai-pegawai yang ditetapkan
bagi skim perkhidmatan tertentu bagi tujuan kenaikan pangkat bukan berdasarkan
kelayakan akademik
Peperiksaan khas ini bertujuan memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat
kelayakan masuk ke Skim Perkhidmatan Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 dan
Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S29 melalui Peningkatan Secara Lantikan (PSL).
Peperiksaan Khas PSL ini menggantikan kelulusan akademik yang diperlukan untuk menjawat jawatan
yang lebih tinggi grednya dalam skim perkhidmatan yang ditetapkan
Tujuan utama PSL adalah mengukur kesesuaian seseorang pegawai dari segi potensinya
untuk menjawat jawatan dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
dan Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S29 serta menguji kemahiran seseorang
pegawai berdasarkan kepada pengalaman dan tugas-tugas harian.